Tercabar
tindakan peragut yang seolah-olah mengejeknya kerana gagal mengambil semula
telefon bimbit diragut, seorang gadis nekad mengejar peragut berkenaan menaiki
motosikal sejauh hampir tiga kilometer.
Nor Asmawani Mohd Shukri, 24, berkata, dia menunggang motosikal
Yamaha Nouvo LC dari Bachok ke Pasir Mas seorang diri dan menyedari mula
diekori seorang lelaki ketika di Bulatan Lemal.
Menurutnya,
sebaik tiba di Mahkamah Syariah Pasir Mas, lelaki berkenaan meragut telefon
bimbitnya, lalu melarikan diri ke arah bandar Pasir Mas.