![]() |
ISMAIL memikirkan sesuatu sambil memandang ke arah pantai di Felda Residen Resort, Felda Sahabat, Lahad Datu |
27 lelaki dakwa nelayan ditahan
Pasukan keselamatan menahan 27 lelaki lagi di perairan Tanjung Batu dekat sini semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan sepanjang Ops Daulat kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas Sulu meningkat kepada 106 orang.
Kesemua lelaki itu yang mendakwa sebagai nelayan ditahan kira-kira pukul 2.10 petang selepas sepasukan Polis Marin menerima maklumat mengenai kehadiran tiga buah bot di perairan berkenaan.