Isnin, 11 Mac 2013

PENGGANAS DARI KEPULAUAN SULU DAN BERDEKATAN MENYAMAR NELAYAN !!

ISMAIL memikirkan sesuatu sambil memandang ke arah pantai di Felda Residen Resort, Felda Sahabat, Lahad Datu

27 lelaki dakwa nelayan ditahan


Pasukan keselamatan menahan 27 lelaki lagi di perairan Tanjung Batu dekat sini semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan sepanjang Ops Daulat kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas Sulu meningkat kepada 106 orang.
Kesemua lelaki itu yang mendakwa sebagai nelayan ditahan kira-kira pukul 2.10 petang selepas sepasukan Polis Marin menerima maklumat mengenai kehadiran tiga buah bot di perairan berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan identiti kesemua lelaki berkenaan sama ada terlibat dalam kumpulan pengganas Sulu ataupun tidak.
"Kesemua lelaki itu ditahan di dalam tiga buah bot. Ketika disoal siasat, mereka mengaku sebagai nelayan dan berada di perairan itu untuk menangkap ikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau menambah, kesemua lelaki itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
"Mereka ditahan di luar kawasan operasi tetapi pasukan keselamatan telah ingatkan kepada semua pihak agar tidak memasuki kawasan berkenaan.
"Kita akan siasat kumpulan ini untuk mengetahui motif sebenar mereka berada di situ," ujarnya.
Kelmarin, polis mengesahkan telah menahan 79 individu di luar kawasan operasi kerana dipercayai terlibat sebagai tali barut kepada kumpulan pengganas Sulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...