Seorang wanita Ummi Kalsom Bahak, 25, didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang kerana cuba memberi sokongan kepada pengganas dengan menjadi ahli Islamic State (IS) menerusi perkahwinan dengan anggota kumpulan itu.
Tertuduh Umi Kalsom Bahak dituduh mengikut Seksyen
130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara
seumur hidup atau dipenjara tidak melebihi 30 tahun.
Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Aizatul Akmal Maharani
kemudian menetapkan 20 November ini bagi sebutan semula kes.
