Isnin, 11 Jun 2012

4 rompak pengurup wang

Image Detail
JOHOR BAHRU 7 Jun - Polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu empat suspek kes rompakan pengusaha kedai pengurup wang sehingga menyebabkan seorang pengawal keselamatan cedera akibat ditembak lima das di pusat membeli-belah Holiday Plaza di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terdapat empat suspek terlibat termasuk salah seorang daripadanya menunggu dalam kereta.

Penyeludup guna senjata api

Image Detail
KUALA LUMPUR 8 Jun - Peningkatan penggunaan senjata api untuk tujuan jenayah di Kelantan dikesan berlaku akibat peningkatan sindiket penyeludupan haram khususnya barangan keperluan asas di sempadan negara.

Aktiviti penyeludupan yang aktif di sempadan Sungai Golok dan pesisiran pantai mendorong individu terlibat dalam kegiatan itu untuk memiliki senjata api sebagai persediaan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Jenayah senjata api 5 negeri meningkat ???

Image Detail
Gambar hiasan
ADAKAH BERPUNCA DARI KURANG MAKLUMAT ATAU PENJENAYAH LEBIH CERDIK DARIPADA PDRM ???
 
KUALA LUMPUR 7 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius peningkatan bilangan kes membabitkan penggunaan senjata api di lima buah negeri khususnya di Selangor dan Kelantan sepanjang lima bulan pertama tahun ini.

Selangor merekodkan peningkatan bilangan kes tertinggi diikuti oleh Pulau Pinang, Kedah, ibu negara dan Kelantan.

Pemuda mati dipukul

Image Detail
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 9 Jun - Seorang pemuda mati selepas dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali dalam satu kejadian berhampiran Bandar Mahkota Cheras, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa R. Parameswaran, 28, diserang oleh sekumpulan lelaki selepas makan malam bersama empat rakannya yang lain.

Nenek disamun, nyaris dirogol

Image Detail
Gambar hiasan
KUANTAN 9 Jun - Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun bukan sahaja dijerut lehernya sehingga pengsan malah nyaris dirogol seorang suspek yang memecah masuk rumahnya di Kampung Ulu Perting dekat Bentong malam tadi.

Tidak cukup dengan itu, suspek yang memakai baju celoreng tanpa menutup muka turut tergamak mengacukan selaras senapang patah ke arah mangsa dalam kejadian pukul 11 malam tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, semasa kejadian, mangsa menonton televisyen sendirian di ruang tamu manakala suaminya yang juga berusia 73 tahun tidur di dalam bilik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...