![]() |
| Gambar hiasan |
ALOR SETAR: Seorang ahli kariah Masjid Ar-Rahman, Alor Merah di sini tidak menyangka beg plastik yang ditemui di hadapan tandas wanita masjid itu malam Selasa mengandungi mayat bayi lelaki.
Ishak Chin, 54, berkata dia menyangkakan beg plastik itu berisi sampah namun sangkaannya meleset.
"Selepas menunaikan solat Isyak kira-kira pukul 8.45 malam tadi, saya pergi menutup pintu pagar di tepi masjid dan saya ternampak plastik tersebut.
"Pada awalnya saya sangkakan beg berwarna coklat gelap itu berisi sampah dan ingin membuangnya sebelum pulang. Namun setelah mengangkatnya terasa isi kandungannya berat.




