
Bukan saja lidahnya digigit sebaliknya turut ditahan dan dibelasah orang awam sebelum diserahkan kepada polis selepas mencabul serta memukul seorang wanita dalam kejadian di sebuah apartmen di Taman Miharja, Cheras, di sini, kelmarin.
Difahamkan, ketika melakukan perbuatan keji itu, lelaki terbabit cuba menjilat mulut wanita berusia 31 tahun itu sebelum mangsa menggigit lidah lelaki berkenaan hingga berdarah.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, mangsa sedang bersendirian menunggu lif di tingkat sembilan apartmen berkenaan kerana mahu keluar ke kedai.


