Jumaat, 4 April 2014

AWAS - CRIME ALERT: IKUT DAN SAMUN


Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun. 

Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN.

Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi:

1- Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan.

2- Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun.

3- Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan 

4- Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa.

5- Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan.

6- Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain.

Nasihat:

1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu tidak dikenali terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang.

2. Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda.

3. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

4. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku bergelutan dengan suspek untuk mempertahan harta benda.

5. Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa (sekiranya mampu)

Khamis, 3 April 2014

Warga emas disamun


KOTA BHARU - ”Tolong aku Ya ALLAH mati dah aku, mati dah aku,” itulah ungkapan yang sempat diucapkan seorang warga emas sebelum disamun dalam kejadian di Kampung Tualang, Binjai di sini, 21 Mac lalu.

Mangsa, Hasanah Daud, 70, mengalami  patah tangan kiri, lebam di pipi dan luka di kepala selepas dicederakan lelaki bertopeng yang turut melarikan wang bernilai RM1,000 yang disimpan di bawah bantal.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang sedang tidur di ruang tamu diserang seorang lelaki yang secara tiba-tiba menerpa masuk ke dalam rumahnya melalui pintu depan, sambil menutup mulut mangsa dengan tangan kedua tangannya dan memaksa warga emas itu menyerahkan wang yang disimpannya berhampiran tempat tidurnya itu.

Menceritakan detik cemas itu, Hasanah berkata, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran lelaki berkenaan.

“Ketika diserang lelaki itu, tiada apa yang saya fikirkan hanya mati, memandangkan gigi palsu yang saya pakai juga hampir tertelan dan saya tidak mampu melawan kudratnya.

POLIS CARI ENAM LELAKI BANTU SIASATAN



Kuala Lumpur, 2 April - Polis sedang mencari enam lelaki yang amat diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kes samun bersenjata api, pembunuhan dan penculikan di sekitar Kuala Lumpur. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata: "Lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes samun bersenjata api di sebuah kedai emas, sekitar Wangsa Maju pada tahun 2008 ialah Ngai Chan Hong @ Ah Seow, nombor kad pengenalan 790710-10-5341 dan alamat terakhirnya di No. 6, Jalan Indah 1/4 Taman Universiti, Seri Kembangan, Selangor. 

"Lee Yun Kong, nombor kad pengenalan 551123-10-5867 yang tinggal di No. 15, Jalan SJ 25, Taman Selayang Jaya, Selangor, bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan di sebuah restoren di kawasan Jinjang pada bulan Mac 2011," katanya. 

Spoof Alert !



Orang ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888. Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan dimintamembuat bayaran dengan segera. 

MCMC sedang menyiasat kes ini. Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.

*Apa itu spoofing?

Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar. Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.

POLIS BURU LELAKI ROGOL ADIK KANDUNG OKU



Kuantan, 2 April - Polis sedang mencari seorang lelaki yang dipercayai merogol adik kandungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam di rumah ibu bapanya di Felda Keratong 4, Rompin pada 25 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata, kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika kedua ibu bapa mereka tiada di rumah.

"Abang kandung mangsa telah memaksanya untuk masuk ke bilik sebelum mengikat tangan mangsa pada katil lalu merogolnya.

"Mangsa turut diugut supaya merahsiakan perbuatannya itu, namun pada keesokannya barulah mangsa memaklumkan perkara itu kepada ayahnya selepas abangnya keluar daripada rumah," katanya.

Menurutnya ini merupakan kejadian kedua selepas kali pertama mangsa, 31 dirogol 10 tahun yang lepas.

Mangsa yang telah berkahwin kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tun Razak, Muadzam Shah pada 28 Mac lepas ditemani kedua ibu bapanya.

Berikutan itu, polis kini sedang mengesan Mohd Khairi Idris, 38, bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Siasatan awal polis mendapati, suspek seorang penganggur mempunyai rekod jenayah berhubung kes penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramau yang mengenali suspek supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...