Selasa, 27 Januari 2015

Tiga bom tangan, 76 peluru ditemui

Gambar hiasan
Georgetown: Tiga pekerja pembersihan alat penghawa dingin terkejut selepas menemui tiga butir bom tangan termasuk 76 butir peluru hidup dan tiga kelopak peluru yang disorokkan dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah premis kosong di Jalan Tun Dr Awang, Bukit Jambul, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila seorang lelaki berusia 65 tahun menemui beg hitam di belakang kompresor alat pendingin hawa.

Isnin, 26 Januari 2015

Penuntut UiTM Arau didakwa beri sokongan kepada IS


SEPANG: Seorang penuntut Kejuruteraan Marin Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Negara Islam (IS).

Tertuduh, Wan Mohammad Arif Wan Rokman, 23, yang berasal dari Besut, Terengganu (Klik) dituduh cuba memberi sokongan kepada IS dan berhasrat menjadi ahli kumpulan itu.

Lelaki itu ditahan pada 28 Disember itu kira-kira jam 10.15 malam di hadapan pintu C15 Balai Pelepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan Turkish Airlines ke Istanbul.

KIM CHAI DICARI BANTU SIASATAN KES BUNUH


Kota Tinggi: Polis sedang mencari seorang lelaki bagi membatu siasatan kes pembunuhan yang berlaku di Jalan Besar, Kampung Sungai Kapal, Pengerang pada 26 April tahun lalu.

Individu berkenaan yang dikenali dengan nama Lim Kim Chai, 55 dikenal pasti boleh membantu siasatan yang dijalankan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat DSP Mohd Fadhil Minhat menerusi 012-330 1110.


Isnin, 19 Januari 2015

Seorang maut dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bukit Tinggi

Al-Fatihah, semuga Allah S.W.T memberi rahmat kepadanya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

KUALA LUMPUR, 18 Januari: Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah di dalam satu kemalangan di jalan raya berhampiran Berjaya Bukit Tinggi, Bentong, Pahang hari ini.

Kemalangan yang berlaku kira-kira 11.45 pagi tadi itu melibatkan dua buah motosikal berkuasa tinggi iaitu Kawasaki Z800 dan KTM Duke 200.

Menurut saksi kejadian, Mohd. Ammar Rusydi Mohd. Rashid, 24, kejadian tersebut berlaku apabila penunggang motosikal Kawasaki Z800 berkenaan cuba memotong sebuah kereta dan tidak menyedari terdapat dua buah motosikal lagi yang berada di laluan kanan jalan.

Lelaki Maut ditembak ketika minum


Petaling Jaya: Seorang lelaki maut selepas terkena satu daripada empat das tembakan dilepaskan suspek menaiki kereta di kawasan parkir Taman Desa Ria, PJS5/18, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan dalam jarak kira-kira lima meter.

Beliau berkata, sebelum kejadian itu mangsa, S Suresh, 27, dikatakan sedang duduk minum bersama abang, jiran dan sepupu mangsa di belakang rumah mereka di Blok K.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...