Sabtu, 26 Mac 2016

Wartawan Dan Lelaki Maut Ditembak Di Yala

Gambar Hiasan
PATTANI, 26 Mac (Bernama) -- Seorang wartawan di balai polis tempatan dan seorang lelaki maut ditembak di sebuah kebun getah di Kampung Bado, Yala awal pagi tadi.

Penolong Ketua Polis Yala, Kol. Pol. Krisada Keawjandee berkata pihak polis menerima laporan tentang kejadian yang mengorbankan Duraning Samoh, 51, dan Abdul Aziz Salleh, 36, pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Duraning Samoh meninggal dunia di hospital manakala wartawan berkenaan Abdul Aziz Salleh ditemui mati ditempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sepasang Kekasih Pecah Tabung Masjid

Gambar hiasan
BUTTERWORTH, 26 Mac (Bernama) -- Sepasang kekasih yang sedang menjelajah negara dengan sebuah motosikal ditahan di Kampung Gajah di sini awal pagi Khamis lepas kerana disyaki terlibat dengan beberapa kes pecah tabung masjid.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata pasangan yang berasal dari Pengerang, Johor dan berusia 24 tahun itu ditahan ketika berada di bawah pengaruh dadah kira-kira pukul 2.15 pagi di sebuah hotel murah.

Khamis, 24 Mac 2016

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-209

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Pasukan.

Segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT di atas limpahan rahmat-Nya yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk meraikan Sambutan Hari Polis Ke-209 kali ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah memerah keringat dan bergadai nyawa demi memastikan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara kekal terpelihara. Khidmat bakti dan kelestarian pengorbanan PDRM terbukti sepanjang 209 tahun kewujudannya dan pada hari ini, kita sama-sama berdiri megah menyambut tarikh keramat 25 Mac sepertimana yang kita lakukan setiap tahun.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada pesara-pesara polis di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan sekian lama kepada nusa dan bangsa. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan rakan-rakan pesara tidak akan dilupakan. Bagi mereka yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita, sama-samalah kita berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di sisi Allah SWT.

Khamis, 17 Mac 2016

Warga Emas Ditemui Mati Ditikam


KAMPAR: Seorang lelaki warga emas ditemui mati di tepi jalan raya berhampiran rumah pangsa di Jalan Hospital di sini, pada Rabu akibat ditikam.

Mangsa Loo Chee Man, 61, ditemui dalam keadaan tertiarap dan terdapat enam kesan tikaman di badannya oleh orang awam kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mangsa dipercayai ditikam oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran.

Video Polis Marah Pengadu Jadi Viral

PETALING JAYA: Seorang anggota polis trafik wanita sedang disiasat selepas videonya didakwa memarahi pengadu menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan kejadian itu berlaku pada Ahad lepas kira-kira pukul 6 petang di kaunter polis trafik di ibu pejabat polis daerah.

Beliau berkata polis memandang serius perkara berkenaan dan telah membuka kertas siasatan tatatertib berhubung kejadian itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...