Jumaat, 25 Februari 2011

Mangsa-Mangsa Kebakaran Kuarters PGA Pengkalan Chepa Terima Sumbangan

Pengkalan Chepa, Kelantan - 20 Feb 2011.

Empat daripada enam blok kuartes Pasukan Gerakan AM (PGA), Batalion 8 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan hangus dijilat api dalam kebakaran awal pagi semalam menyebabkan 16 keluarga tinggal sehelai pinggang.
Sehubungan itu, YDH Datuk Hussin Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara serta rombongan dari Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman telah melawat mangsa-mangsa kebakaran dan menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kebajikan PDRM sebanyak RM 5,000 kepada setiap keluarga. Pada masa sama, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa yang terbabit.
Turut hadir pada lawatan tersebut ialah YDH CP Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH SAC Mazlan Bin Lazim, Timbalan Ketua Polis Kelantan.
Di dalam lawatan itu juga, YDH Timbalan Ketua Polis Negara berkata, PDRM akan menyumbangkan segala jenis bantuan keperluan dan bagi anak-anak mangsa kebakaran tersebut yang masih bersekolah, bantuan pakaian dan peralatan sekolah akan disalurkan dalam tempoh terdekat supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran akibat insiden tersebut.

Untuk sementara waktu, semua mangsa ditempatkan di kuarters PGA yang baru disiapkan tetapi belum dirasmikan lagi yang terletak di dalam kawasan yang sama.
Pada akhir lawatan tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara dan rombongan turut hadir Majlis Tahlil, Bacaan Surah Yassin Dan Doa Selamat yang diadakan selepas solat Mahgrib.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara melawat tempat kejadian sambil diberi penerangan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Supt. Rosslan Radzi.

Hangus...

Keadaan bangunan selepas hangus dijilat api.

Sebuah kenderaan milik sebuah keluarga turut musnah.

YDH Pengarah Jabatan KDN/KA turut meninjau kawasan tersebut.

Gotong-royong menyediakan makanan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Sugul....sebahagian mangsa yang hadir dalam perjumpaan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara hadir dalam Majlis Tahlil dan Doa Selamat.

Antara yang hadir Majlis Tahlil dan Doa Selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...