Jumaat, 25 Februari 2011

Polis Selangor guna telefon pintar atasi jenayah

SHAH ALAM — Jalinan talian telefon pintar dan kemudahan teknologi terkini bagi penyaluran maklumat antara masyarakat dan polis mampu membantu mengatasi masalah jenayah, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Beliau berkata, pengunaan telefon pintar mampu membantu menyalurkan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan, selain menjalinkan hubungan dua hala antara polis dan masyarakat.
Selain itu, maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan dengan pantas secara serentak pada satu masa melalui jalinan talian telefon pintar dan kemudahan teknologi terkini antara semua peringkat polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan seluruh ibu pejabat polis daerah (IPD) di negeri itu, katanya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menerima 25 unit telefon pintar dengan aplikasi komputer bersaiz komputer jenama Samsung Galaxy Tab sumbangan Chico Force (M) Sdn Bhd daripada pengerusi syarikat itu Datuk Nik Ismail Nik Yusof di sini hari ini. — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...