Selasa, 22 Mac 2011

Mayat berlumuran darah ditemui

KULIM - Mayat seorang lelaki berusia 20-an ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian badan di sebuah bangsal dekat ladang buah-buahan di Taman Macang Manis bersempadan dengan Kulim kira-kira jam 11 pagi semalam. 

Mayat dalam keadaan terbaring itu ditutup dengan plastik oleh penduduk kampung yang menemuinya. 

Menurut waris mangsa yang berada di tempat kejadian berkata, mangsa mengidap penyakit barah tulang. 
“Kami hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila salah seorang rakan mangsa datang ke rumah kira-kira jam 9 pagi dan memberitahu kami bahawa dia dalam keadaan berlumuran dadah. Apabila sampai ke tempat kejadian, kami dapati mangsa sudah meninggal dunia. Kami kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Ketua Polis Balai Kulim, Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir dan anggotanya bersama anggota polis dari Balai Polis Machang Bubuk turut berada di lokasi kejadian. 

Selepas siasatan dibuat, kes itu kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Machang Bubuk untuk siasatan lanjut. Punca kematian mangsa masih dalam siasatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...