Jumaat, 25 Mac 2011

Polis Selangor Jejaki 11 Individu Bantu Siasatan Lapan Kes Bunuh

SHAH ALAM, 24 Mac (Bernama) -- Polis Selangor sedang mengesan 11 individu termasuk enam warganegara asing bagi membantu siasatan lapan kes bunuh yang masih belum selesai di sekitar Lembah Klang sepanjang tempoh tiga tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata daripada lapan kes itu, dua kes pada 2009, empat kes pada 2010 dan dua kes pada tahun ini.

"Polis Selangor masih belum dapat menyelesaikan kes-kes bunuh ini berikutan kegagalan mengesan kesemua individu terbabit. Justeru kita berharap bantuan daripada orang ramai untuk mengesan mereka yang boleh membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari Khamis.
Individu terbabit ialah K. Devandran, 20, dari Kampung Sungai Terentang Tambahan Rawang; V. Ganasan, 30, dari Kampung Baru Kundang; T.Viyay Anad, 28, dari Taman Intan, Kapar, Klang; Arwan Mohd Johari Syariff Dong, 33, dari Jalan Besar, Banting; dan S. Muniandy, 43, dari Taman Sri Layang, Mentakab, Pahang.

Warganegara asing terbabit ialah Zaw Zaw Aung, 24, warga Myanmar, dari Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34 di sini; Aung Than Lwin, 25, warga Myanmar, dari Taman Bukit Kinrara, Puchong; MD Shahin, warga Bangladesh, 40-an, dari Taman Perdana, Kuala Lumpur; Aung Thaik, 31, dan Chit Lin, 23, kedua-duanya warga Myanmar dari Taman Desawan, Klang serta seorang wanita warga Indonesia, Zulfa Ismail, 22.

Mohd Adnan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu terbabit supaya menghubungi Pegawai Turus Jenayah Berat IPK Selangor Supt Dennis Leong di talian 013-8010104.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...