Isnin, 28 Mac 2011

Pura-pura mahu fotostat

SEREMBAN – Dua penjenayah berpura-pura bertanya sebelum menyamun seorang pemilik kedai ubat tradisional Cina bersama pelanggannya di Seremban Jaya Fasa 9, di sini, baru-baru ini. 

Dalam kejadian kira-kita 7 petang itu, pemilik kedai, Yow Meng Hoat dikatakan sedang melayan seorang pelanggan wanita untuk membeli ubat di kedainya. 

Menurutnya, semasa kejadian, hanya dia dan pelanggannya sahaja berada di dalam kedai itu, sebelum didatangi seorang lelaki bertanyakan sama ada kedai itu ada menyediakan perkhidmatan fotostat. 
“Saya beritahu lelaki itu bahawa kedai saya tidak menyediakan perkhidmatan fotostat dan menyuruhnya pergi ke kedai berdekatan sambil menunjukkan arah kedai dimaksudkan itu,” katanya. 

Menurutnya, semasa dia hendak masuk semula kedainya, tiba-tiba lelaki itu menyerang dari arah belakang dengan menggunakan sebatang tukul besi. 

“Saya terkejut dan cuba mengelak daripada dicederakan. Semasa saya cuba menyelamatkan diri, datang seorang lagi lelaki dan dia terus menghampiri pelanggan saya itu yang masih berada dalam kedai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedainya, semalam. 

Meng Hoat berkata, untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku, dia menyerahkan wang tunai RM1,000 kepada penjenayah berkenaan. 

“Saya tidak mempunyai pilihan lain bagi mengelakkan saya dan pelanggan saya diapa-apakan. 

“Bagaimanapun, perompak terbabit sempat merampas barang kemas dipakai pelanggan saya itu,” katanya. 

Meng Hoat berkata, dia kemudian menghubungi polis, sebelum anggota polis tiba untuk mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...