Jumaat, 3 Ogos 2012

Keluarga kerugian RM240,000


Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim
IPOH - Serangan empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang dalam satu kejadian samun di Taman Ipoh Indah, Bercham, menimbulkan situasi cemas kepada lima sekeluarga dan seorang pembantu rumah. awal pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, kumpulan penjenayah tersebut dipercayai masuk ke dalam rumah menerusi pintu hadapan yang dibuka pembantu rumah.

Menurutnya, suspek kemudiannya menuju ke arah bilik tidur pasangan suami isteri tersebut yang sedang menyiapkan anak-anak mereka untuk ke sekolah.

“Suspek mengetuk pintu bilik mangsa beberapa kali dan selepas dibuka suspek mengarahkan keluarga tersebut masuk ke dalam bilik air.

“Kumpulan penjenayah itu menggeledah rumah mangsa serta mengambil beberapa barangan berharga termasuk wang tunai," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Dzuraidi memaklumkan, antara barangan yang hilang adalah jam tangan berjenama Rolex dan Tag Heuer, dua iPhone 4s, barang kemas, beg tangan berjenama, wang tunai RM20,000 dan matawang asing bernilai RM10,000.

Katanya, siasatan awal yang dijalankan mendapati, mangsa mengalami kerugian dalam anggaran RM240,000.

"Siasatan masih diteruskan untuk menjejak semua suspek dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, iaitu rompakan secara berkumpulan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...