Rabu, 8 Ogos 2012

Kempen pencegahan perlu dijalankan berterusan

Peka elak jadi mangsa jenayah


TEMERLOH - Kempen pencegahan perlu dijalankan berterusan supaya masyarakat sentiasa peka berhubung perkara yang boleh mendorong berlakunya aktiviti jenayah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, keadaan itu berikutan masih bersikap sambil lewa hingga mendedahkan diri mereka kepada aktiviti jenayah.
Menurutnya, sebagai contoh, masih terdapat wanita berjalan dengan membawa beg tangan sambil lewa hingga memudahkan penjenayah meragut beg mereka.
“Walaupun kita giat memberi pelbagai peringatan dan kempen pencegahan jenayah, tetapi kaedah itu nyata belum cukup menyedarkan mereka supaya terus berwaspada setiap kali keluar daripada rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...