Rabu, 29 Ogos 2012

Pelawak Terkenal Imuda Kerugian RM7,000 Rumah Dipecah Masuk


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.

Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang Isnin selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.

"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya pada Selasa.

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru. BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...