Rabu, 29 Ogos 2012

Mayat Lelaki Ditemui Di Pantai Pusat Latihan Maritim Sarawak

Gambar hiasan

MIRI, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki ditemui mati, dipercayai dibunuh dengan objek tajam, di pantai Pusat Latihan Maritim Sarawak Kuala Baram, di sini Selasa.

Mayat lelaki itu ditemui separuh bogel dalam keadaan tangannya diikat di belakang badan dengan seluar dalam, kata Ketua Polis Miri ACP Mun Kok Keong kepada pemberita, di sini.

Katanya berdasarkan siasatan awal, lelaki yang dianggar berusia 30-an itu dibunuh dalam tempoh 24 jam lepas.

"Polis menerima panggilan daripada orang awam pukul 8.30 pagi ini dan setelah sampai ke tempat kejadian mangsa ditemui tertiarap dengan tangan diikat di belakang, kesan luka di sebelah kiri muka dan tanpa dokumen pengenalan diri," katanya.

Polis juga percaya mangsa adalah rakyat tempatan berdasarkan kesan suntikan vaksin Bacille Calmette Guerrin (BCG).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...