Selasa, 11 September 2012

Polis cari dua lelaki

Polis cari dua lelaki
Zakaria Mat Yunus, 42, alamat terakhir di Taman Semenyih Jaya 

SUBANG JAYA – Polis mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes jenayah membabitkan samun pusat siber dan pecah rumah sekitar Subang Jaya pada 17 November 2011 dan 19 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, bagi kes pecah rumah pula, Yahaya berkata, pihaknya meminta Hanizam Md Yufos, 37, juga dikenali  Botak berasal dari Seksyen 18, Shah Alam tampil memberikan kerjasama kepada polis.

“Kes kedua pada 19 Mac lalu di SS19 apabila seorang pereka grafik membuat laporan polis mangsa mengatakan kerugian ribuan ringgit setelah rumahnya dipecah masuk dipercayai lelaki kira-kira jam 4.35 petang.

“Dalam kejadian itu, beberapa barang berharga termasuk kamera berjenama dan wang tunai dilarikan suspek,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis Rumah Terbuka IPD Subang Jaya di Balai Polis Subang Jaya, malam, kelmarin.

Polis cari dua lelaki
Hanizam Md Yufos, 37, juga dikenali  Botak berasal dari Seksyen 18, Shah Alam 
Beliau berkata, penama diminta memberi kerjasama tampil di IPD Subang Jaya atau mana-mana balai polis berhampiran membantu siasatan.

Sementara itu katanya, Zakaria Mat Yunus, 42, alamat terakhir di Taman Semenyih Jaya dikehendaki datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi membantu kes samun pusat siber,

Katanya, dalam kejadian 17 November tahun lalu, dua lelaki bersenjatakan parang dikatakan menyerbu masuk ke sebuah pusat siber, mengacukan senjata itu dan memaksa penjaga premis menyerahkan wang.

“Selepas melakukan samun terbabit kira-kira jam 9.30 malam di Jalan TP7/1 Taman Sime UEP, dua lelaki itu kemudian melarikan diri.

“Seorang daripadanya dikenal pasti dan meminta penama tampil ke IPD Subang Jaya membantu siasatan,” katanya

Mereka  yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-56319809.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...