Selasa, 11 September 2012

Senapang, peluru pengawal keselamatan dicuri

Gambar hiasan

SHAH ALAM — Selaras senapang patah dan tiga butir peluru milik seorang pengawal keselamatan didapati hilang selepas pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cawangan Sungai Buloh dekat sini diceroboh Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Rosli Mohd. Isa berkata, kejadian itu disedari selepas pengawal keselamatan berkenaan pulang daripada menunaikan solat kira-kira pukul 6.45 pagi.
"Pengawal keselamatan itu meninggalkan senapangnya di dalam pejabat ketika keluar menunaikan solat pada pukul 5.30 pagi dan selepas pulang semula ke pejabat, dia dapati keadaan di pejabat berselerak dan senapangnya telah hilang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
Rosli berkata, siasatan mendapati terdapat kesan pecah masuk di tingkap belakang pejabat itu dan suspek dipercayai bertindak sendirian.— BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...