Ahad, 14 Oktober 2012

Kilang Tembaga Dirompak di Ulu Yam

Gambar hiasan

GOMBAK: Seorang pengawal keselamatan cedera di tangan ketika bergelut dengan lapan lelaki bersenjata parang yang menceroboh sebuah kilang di Ulu Yam sebelum melarikan 13 kotak berisi tembaga bernilai RM500,000, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pengawal berusia 62 tahun yang cedera di tangan itu berada dalam pondok pengawal bersama rakan sekerjanya berusia 51 sebelum didatangi lapan lelaki bersenjatakan pedang dan parang.


Menurut sumber, kedua-dua mereka tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mahu menyamun kilang terbabit.



“Bagaimanapun, mangsa bertindak berani dengan melawan suspek hingga berlaku pergelutan menyebabkan dia tercedera di kedua-dua tangan terkena libasan parang.


“Suspek mengikat tangan dan kaki kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan sebelum mengurung mereka dalam stor,” katanya.



Menurut sumber, ketika dikurung mangsa sempat melihat sebuah lori masuk ke dalam kawasan kilang dan memunggah barangan samun ke dalam lori. “Mereka berdua dikurung hampir dua jam dalam stor sebelum berjaya melepaskan diri selepas yakin kumpulan itu sudah beredar dan menghubungi majikan memaklumkan kejadian itu,” katanya.



Mangsa yang cedera dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan dan majikan mereka membuat laporan di Balai Polis Selayang.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...