Jumaat, 16 November 2012

Malam diwali berdarah

Gambar hiasan

GEORGETOWN - Tindakan seorang lelaki  menegur sekumpulan pemuda yang sedang meraikan malam Deepavali mengundang padah apabila dipukul menggunakan senjata tumpul dalam satu pergaduhan di Jalan Klinik Lama, Kampung Kovil, Kepala Batas  awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.29 pagi itu, A Rathanam, 27, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan cedera parah di bahagian muka dan disahkan meninggal dunia selepas tujuh jam dimasukan ke Hospital Seberang Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mangsa dikatakan pergi berjumpa kumpulan berkenaan untuk bertanyakan mengapa mereka mencari anak buahnya.

Tidak berpuas hati dengan teguran itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dengan kumpulan terbabit sebelum sekumpulan 15 lelaki itu bertindak menyerang mangsa dan memukulnya bertubi-tubi menggunakan pasu bunga, topi keledar dan parang.
  
"Hasil siasatan, kita menahan seorang lelaki berusia 24 tahun  dan polis masih lagi memburu ahli kumpulan yang lain .
  
"Suspek terbabit ditahan kira-kira lima jam selepas kejadian di sebuah kawasan di Jalan Tiga hasil maklumat orang awam manakala rakan-rakannya yang dipercayai terbabit dalam kes itu dikatakan sudah melarikan diri," katanya pada sidang media disini semalam.

Mazlan berkata, setakat ini tujuh daripada suspek sudah berjaya dikesan dan polis giat memburu semua individu terbabit bagi membantu siasatan kes.
 
"Berikutan itu, suspek kini direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat MENGENAI kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Deputi Superintenden,Alzafny Ahmad di talian 013-3483321 atau terus menghubungi  Ibu Pejabat Polis Daearah Seberang Perai Utara (SPU) di talian 04-5762222.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...