Rabu, 21 November 2012

Tikam lepas judi


LAHAD DATU: Berang dituduh menipu ketika bermain judi domino, seorang lelaki bagaikan dirasuk syaitan apabila menikam seorang lelaki hingga mati, manakala tiga lagi parah dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah rumah di Ladang Matamba, Jalan Silabukan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Amirudin Raside, 38, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam di pinggang. 


Manakala, tiga mangsa yang parah kini dirawat di Hospital Lahad Datu (HLD) dikenali sebagai Iwan Kadir, 29, Udin Hanung, 35, dan Saripudin Palkasih, 40, yang masing-masing cedera ditikam di dada, rusuk kanan dan perut. 

Difahamkan, sebelum kejadian, lima lelaki terbabit yang semuanya buruh ladang bermain judi domino bersama-sama.




Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, keempat-empat mangsa dikatakan menuduh suspek menipu ketika bermain judi sehingga menyebabkan pertengkaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...