Rabu, 26 Disember 2012

Pemilik pusat snuker maut ditetak


Pemilik pusat snuker maut ditetak
AMPANG - Seorang pemilik pusat snuker maut selepas diserang dua lelaki dipercayai menggunakan senjata tajam dalam kejadian di parkir sebuah pusat membeli-belah, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 40 tahun itu dikatakan baru sampai ke pusat snuker miliknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata, mangsa yang bersendirian itu diserang oleh dua lelaki ketika keluar daripada kereta Honda Civic, sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kereta.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan lengan dikejarkan ke Hospital Pantai untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, polis sedang mengesan dua lelaki berkenaan, motif kejadian masih dalam siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...