Ahad, 3 Februari 2013

Buruh Mati Ditetak Sekumpulan Lelaki


ALOR SETAR: Seorang buruh maut akibat ditetak dalam satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki berdekatan tanah perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar di sini pada Jumaat.
Mohd Najib Bakar, 37, mengalami cedera parah di kepala dan leher serta kedua belah kaki disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian berlaku pukul 7.30 malam.
Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan menemui mangsa berlumuran darah, katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Menurutnya, polis kini memburu kumpulan lelaki terbabit dan motif kejadian sedang disiasat. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...