Jumaat, 8 Februari 2013

Kongsigelap aktif menjelang Perayaan Tahun Baru Cina


Diugut pelanggan
JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kedai menjual telefon bimbit di sebuah pasar raya Taman Nusa Bestari, di sini, bukan sahaja mengalami kerugian, tetapi turut diugut dicederakan oleh seorang pelanggan.

Lelaki yang ingin dikenali sebagai Yew, 27, memberitahu, dia telah menjual telefon bimbit jenis I Phone 4 kepada seorang lelaki yang sering ditemui di pasar raya itu, pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun menurutnya, selepas dua hari seperti yang dijanjikan, lelaki yang dikenali sebagai Ah Chai, 30-an gagal menjelaskan bayaran RM1,500 dengan memberi alasan ditahan lokap polis.

“Ah Chai beri alasan dia ditahan dilokap polis dan telefon yang dibeli daripada saya telah ditinggalkan di balai polis berkenaan.

“Seminggu kemudian Ah Chai hubungi saya dan minta telefon jenis Galaxy Note II sebagai ganti jika mahu dia membayar wang telefon bimbit terdahulu berjumlah RM1,500 itu,” katanya pada sidang media, ketiak mengadu masalahnya di Pusat Aduan Masyarakat MCA, semalam.

Malangnya, Yew mendakwa dipukul pula oleh Ah Chai bersama enam ahli kumpulan samseng meskipun telefon jenis Galaxy Note II telah diserahkan.

Tidak cukup dengan itu Ah Chai terus mengganggunya dengan meminta sebuah lagi telefon bimbit jenis yang sama berserta wang sebanyak RM2,400 sekiranya mahu menyelesaikan perkara itu.

“Kerana terlalu takut saya terpaksa minta telefon bimbit daripada bos melalui bayaran ansuran potongan gaji RM400 sebulan.

“Saya juga sudah masukkan wang sebanyak RM700 ke dalam akaun bank Ah Chai, tapi dia masih menuntut baki lagi RM1,700 daripada jumlah tuntutan asal.

“Saya buntu memikirkan masalah ini dan risau dengan keselamatan diri kerana sering diganggu melalui panggilan dan SMS (khidmat pesanan ringkas) berbaur ugutan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Aduan Masyarakat Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, pihaknya mengecam perbuatan ugutan seperti itu kerana ia merupakan satu kesalahan yang besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...