Ahad, 10 November 2013

Polis wanita turun padang cegah jenayah

GEORGE TOWN - Sebanyak 50 peratus polis wanita kini diberi tanggungjawab menjaga keamanan negara termasuk mengekang jenayah melibatkan penderaan serta keganasan rumah tangga.
Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md. Ismail berkata, seramai 11,749 anggota wanita kini ditempatkan di balai serta kawasan perumahan seluruh negara bagi membantu mencegah jenayah membabitkan golongan berke naan.
Menurutnya, pasukan terdiri daripada pegawai dan konstabel itu akan mendekati golongan sasaran khususnya suri rumah termasuk guru serta pelajar-pelajar sekolah sebagai mata dan telinga di kawasan kejiranan.
"Golongan terbabit berasa lebih selesa sekiranya masalah yang dihadapi dapat dikongsi bersama polis wanita dan dapati banyak kejayaan telah diperoleh.
"Secara tidak langsung mereka juga dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis dalam menangani jenayah terutama yang berlaku di kawasan sekolah mahupun di tempat awam," katanya selepas melancarkan program Ke polisan Wanita Untuk Wanita 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St George di sini hari ini. - KOSMO!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...