Isnin, 21 Julai 2014

Polis Terengganu berkas 14 peniaga mercun dan rampas mercun bernilai RM39,000

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menahan 13 lelaki dan seorang wanita kerana dipercayai menjual dan memiliki pelbagai jenis bahan letupan yang dilarang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, susulan tangkapan itu juga pihaknya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM39,000.


Katanya, kesemua yang ditahan berumur antara 22 hingga 30 tahun, mereka ditahan di rumah serta di premis masing-masing hasil maklumat awam dalam serbuan berasingan di seluruh Terengganu.


"Daripada jumlah itu, daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes paling tinggi iaitu lapan kes dengan tujuh tangkapan termasuk seorang wanita, diikuti Besut tiga kes, Dungun dan Hulu Terengganu masing-masing dua kes dan Marang satu kes,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Tambahnya, polis menerima 13 laporan melibatkan kecederaan angkara mercun iaitu Kuala Terengganu serta Dungun empat kes, Kemaman tiga kes manakala daerah Hulu Terengganu dan Setiu masing-masing satu kes. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...