Isnin, 21 Julai 2014

Tiga pejabat Exco Negeri Sembilan dipecah masuk

Gambar hiasan

SEREMBAN - Tiga pejabat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) dan sebuah setor di Bangunan Wisma Negeri di sini, dipecah masuk petang semalam.


Ketiga-tiga pejabat berkenaan yang terletak berhampiran ialah pejabat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Abd. Razak Ab. Said dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar.


Ketiga-tiga pejabat dan setor berkenaan didapati berselerak setelah diselongkar individu yang tidak dikenali.


Jalaludin berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang daripada kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pukul 6 petang semalam.


"Kejadian itu disedari seorang kakitangan pejabat SUK yang kerja lebih masa pada pukul 3 petang. Saya kehilangan iPad jenis Apple dan tab jenis Samsung manakala setakat ini, saya belum pasti adakah terdapat dokumen yang hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...