Isnin, 21 Julai 2014

Rumah Selamat dan Sampai ke Destinasi

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Majlis Pelancaran Op Selamat siri ke- 5 bagi tahun 2014 itu telah berlangsung di Ibu Pejabat TM, Menara TM pagi tadi dan telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar.


Bertemakan "Rumah Selamat dan Sampai ke Destinasi" yang akan bermula pada 21 Julai hingga 3 Ogos ini diteruskan bagi mempertingkatkan lagi mesej keselamatan dari tahun sebelumnya di mana kempen ini turut menekankan aspek keselamatan kediaman semasa ketiadaan mereka di rumah sepanjang cuti perayaan Aidilfitri.


"Anda boleh memaklumkan kepulangan anda ke kampung kepada pihak polis melalui borang balik kampung yang boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi PDRM dan serahkan kepada balai polis berdekatan", kata Ketua Polis Negara.


Pada kempen kali ini, TM turut menyediakan perkhidmatan talian bebas tol 1-800-88-1412 untuk pengguna jalan raya menghubungi PDRM untuk mendapatkan maklumat trafik, pelaporan kesesakan lalu lintas dan kemalangan serta mendapatkan sebarang bantuan trafik.


Turut dilancarkan aplikasi SaveME 999 untuk telefon pintar yang merupakan perkhidmatan kecemasan yang dibangunkan khusus bagi situasi kecemasan yang memerlukan bantuan pihak PDRM.


Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie, Pengarah-pengarah PDRM, wakil-wakil daripada agensi kerajaan serta warga kerja TM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...