Selasa, 5 Ogos 2014

#Jenayah Kekerasan: Penjenayah mati ditembak cuba serang polis


Shah Alam: Seorang penjenayah ditembak mati selepas cuba menyerang anggota polis menggunakan parang manakala seorang rakannya berjaya melarikan diri dalam satu kejadian, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek yang menaiki kenderaan pelbagai guna MPV dikatakan cuba melarikan diri selepas diminta memberhentikan kenderaan sebelum anggota polis mengepung kenderaan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, sebelum kejadian suspek dikatakan cuba menyamun seorang mangsa di PJS1/27 tetapi gagal berbuat demikian apabila kejadian disedari orang ramai.

"Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian, sepasukan anggota polis yang membuat rondaan menjumpai MPV berkenaan berada di belakang sebuah restoran di kawasan itu.

"Menyedari kehadiran polis, suspek terus memecutkan kenderaan menuju ke kawasan kilang dan seorang daripadanya bertindak keluar daripada kenderaan bersama sebilah parang," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...