Isnin, 25 Ogos 2014

LELAKI MYANMAR MATI DIBUNUH


BUKIT MERTAJAM, (KLIK) 24 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati berlumuran darah di lorong belakang sebuah hotel di Kampung Baru di sini semalam.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, 28, dilapor terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan pekerja asing di asramanya yang terletak di tingkat tiga bangunan rumah kedai berkenaan.
"Dia dipercayai ditolak jatuh ketika berlaku pergelutan antara mangsa dengan sekumpulan warga asing yang tinggal di asrama sama," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan dua rakyat Nepal dan seorang rakyat Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan kes itu.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan di kepala dan dalaman badan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kami sedang mengesan beberapa rakan mangsa bagi membantu siasatan," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...