Ahad, 3 Ogos 2014

Mayat di tepi jalan dipercayai dibunuh

Gambar hiasan
Nibong Tebal: Mayat seorang lelaki warga asing berusia 30-an dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang ramai di tepi jalan berhampiran pencawang elektrik di Tasek Chempedak, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan (SPS) 7 pagi ini.

Pemeriksaan awal dijalankan turut menemui kesan kecederaan pada badan, perut, betis kanan dan pipi kiri mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam.


Timbalan Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shariffudin Abdullah berkata, ketika ditemui mangsa lengkap berpakaian seluar pendek merah dan baju-t putih selain kedua-dua tangan diikat.

"Hasil siasatan awal mangsa dipercayai warga negara asing. Kami tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada badan mangsa.

"Pemeriksaan lanjut dilakukan di sekitar lokasi kejadian gagal menemui sebarang senjata digunakan untuk mencederakan mangsa," katanya.
Shariffudin berkata, mayat mangsa di hantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...