Ahad, 3 Ogos 2014

Mayat kerat dua dalam longkang

Gambar hiasan
Kulaijaya: Seorang lelaki bukan sahaja ditikam hingga mati, malah mayatnya turut dikerat dua sebelum dibungkus dalam dua beg plastik hitam berasingan sebelum dicampakkan ke dalam parit di Kilometer 24.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini. 

Menurut sumber, mayat yang dijumpai petugas Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) kira-kira jam 11.20 pagi semalam itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke parit berkenaan.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan mayat dipercayai berusia lingkungan 30 dan 40 tahun itu mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang badan dan leher,” katanya.


Sumber berkata, mayat yang dikerat di bahagian dada itu kini dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Ruslan Khalid mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mayat yang dipercayai sudah dibunuh antara satu hingga dua hari lalu itu,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...