![]() |
| Gambar hiasan |
Kulaijaya: Seorang lelaki bukan sahaja ditikam hingga
mati, malah mayatnya turut dikerat dua
sebelum dibungkus dalam dua beg plastik hitam berasingan sebelum
dicampakkan ke dalam
parit di Kilometer 24.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini.
Menurut
sumber, mayat yang dijumpai petugas Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad
(PROPEL) kira-kira jam 11.20 pagi semalam itu dipercayai dibunuh di tempat lain
sebelum dicampak ke parit berkenaan.
Tiada sebarang dokumen pengenalan diri
ditemui dan mayat dipercayai berusia
lingkungan 30 dan 40 tahun itu mempunyai
kesan tikaman di bahagian belakang badan dan leher,” katanya.
