Rabu, 15 Oktober 2014

Militan IS: Polis tahan 13 orang di Shah Alam


Setakat ini jumlah yang ditahan kerana dipercayai terlibat kumpulan militan Negara Islam (IS) ialah seramai 36 orang.
Ini ekoran penahanan terbaru seramai 13 orang dalam serbuan sekitar Shah Alam semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut keatas 13 orang yang ditahan itu.

Beliau memberitahu demikian kepada wartawan selepas satu majlis di Bukit Aman pagi Rabu.
Menurutnya polis juga mengenal pasti beberapa individu yang bertanggungjawab merekrut semua individu terbabit namun enggan mendedahkan identitinya.
Katanya, individu yang ditahan itu dikesan merancang untuk terbang ke Turki untuk bersama-sama berjihad di Syria.
"Kesemua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya.
Setakat ini, seramai 22 rakyat Malaysia termasuk tiga wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan, manakala 23 individu lagi ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan berkenaan.-15/10/2014


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...