Selasa, 12 Januari 2016

10 Direman Kes Rasuah Pasang Kabel Tidak Sah

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan 10 individu termasuk dua pekerja Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.

Kedua-dua individu itu dikatakan menerima sogokan bagi melindungi aktiviti pemasangan kabel dan peralatan yang tidak sah di lurang milik syarikat berkenaan.

Mereka yang berusia antara 22 hingga 57 tahun itu ditahan di sekitar Subang Jaya pada Isnin malam.

Majistret Surya Wati Syawal mengeluarkan perintah reman selama empat hari mulai Selasa.


Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abdul Ghani berkata, lapan lagi yang ditahan itu ialah pekerja syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pemasangan kabel.

"Mereka ditahan kerana disyaki membayar sogokan supaya tidak diambil tindakan kerana menceroboh dan menggunakan aset-aset TM seperti kabel untuk kegunaan syarikat lain.

"Kami memohon perintah tahanan reman ke atas 10 orang itu termasuk dua pekerja TM untuk siasatan lanjut," katanya.


Kes ini disiasat di bawah seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh didenda lima kali ganda nilai suapan atau penjara maksimum 20 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...