Memaparkan catatan dengan label Hari Kemerdekaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Kemerdekaan. Papar semua catatan

Jumaat, 7 September 2012

Penjawat Awam, Pemimpin Diminta Rajin Turun Padang Berkhidmat Kepada Masyarakat


TONGOD, 6 Sept (Bernama) -- Penjawat awam dan pemimpin akar umbi diminta lebih proaktif dalam melaksanakan tugas berkhidmat kepada rakyat, kata Ketua Biro Tatanegara Negeri Sabah, Datuk Ibrahim Saad.

Beliau berkata mereka perlu lebih aktif turun padang bertemu masyarakat membantu usaha kerajaan meneruskan kesinambungan pembangunan sedia ada.

Katanya, melalui pendekatan tersebut, masalah dihadapi rakyat mudah dapat dikenal pasti dan diselesaikan segera selari dengan Program Transformasi Kerajaan yang mahukan rakyat menikmati keselesaan hidup selepas mencapai kemerdekaan sejak 55 tahun lepas.

Isnin, 3 September 2012

TAHNIAH ATM DAN PDRM TIDAK SAMBUT KEMERDEKAAN DI SELANGOR !!!


Polis kawal trafik, keselamatan tidak sertai perbarisan

SHAH ALAM 1 Sept. - Polis Selangor tidak menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan di sini pada malam 30 Ogos lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ini kerana pihaknya bertugas mengawal trafik dan menjaga keselamatan pada malam tersebut.

Beliau berkata, sejak daripada awal pun, pihak polis memang tidak menyertai latihan untuk perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.

"Jadi kami hanya menjaga keselamatan dan mengawal trafik sahaja," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ahad, 12 Ogos 2012

Menyambut Kemerdekaan adalah ‘Hari rakyat bergembira’


SHAH ALAM: “Hari Kemerdekaan untuk rakyat bergembira, jadi jangan jadikannya sebagai isu politik,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengulas mengenai cadangan 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada sambutan merdeka dalam program dinamakan Janji Bersih bagi menuntut janji kerajaan memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Beliau berkata, sambutan merdeka bersangkut paut dengan rakyat berbilang kaum dan tidak sepatutnya dipolitikkan dengan isu sedemikian.

“Saya lihat satu saja, kemerdekaan adalah acara untuk rakyat. Saya menasihatkan pihak tertentu jangan mencampur-adukkan kepentingan lain dengan sambutan kemerdekaan,” katanya selepas melancarkan Ops Selamat sempena Aidilfitri di Dataran Shah Alam, di sini, semalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...