Isnin, 3 September 2012

TAHNIAH ATM DAN PDRM TIDAK SAMBUT KEMERDEKAAN DI SELANGOR !!!


Polis kawal trafik, keselamatan tidak sertai perbarisan

SHAH ALAM 1 Sept. - Polis Selangor tidak menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan di sini pada malam 30 Ogos lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ini kerana pihaknya bertugas mengawal trafik dan menjaga keselamatan pada malam tersebut.

Beliau berkata, sejak daripada awal pun, pihak polis memang tidak menyertai latihan untuk perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.

"Jadi kami hanya menjaga keselamatan dan mengawal trafik sahaja," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tun Hisan ketika diminta mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia semalam mengenai penarikan diri tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis daripada menyertai perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada malam 30 Ogos lalu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri malam Jumaat lalu tercemar apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tidak memaklumkan dan mengundang baginda ke majlis itu.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara tersebut memberitahu, Sultan Sharafuddin hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil serta bacaan Yasin sempena kemerdekaan negara yang diadakan di Masjid Negeri di sini pada Jumaat.

Difahamkan sebelum ini, penganjuran majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri akan dimaklumkan kepada Sultan Selangor namun ia bergantung kepada keputusan baginda sama ada menghadirinya atau sebaliknya.

Utusan Malaysia juga difahamkan anggota ketiga-tiga cabang ATM dan pasukan polis telah menarik diri daripada menyertai istiadat perbarisan sambutan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...