Sabtu, 8 September 2012

Tahniah PDRM - teruskan usaha murni membenteras Jenayah Kekerasan


IPOH - Keresahan orang ramai mengenai keganasan empat perompak Indonesia yang gemar mengenakan sut hitam ala Unit Tindakan Khas (UTK) ketika merompak rumah berakhir apabila kesemua suspek mati dalam kejadian berbalas tembak di Taman Meru 2C di sini semalam.
Suspek-suspek bersenjatakan pistol dan parang itu menemui ajal selepas ditembak sebaik kereta jenis Proton Wira Aeroback yang mereka naiki terbabas di kawasan semak di sebuah dusun buah-buahan di pinggir taman tersebut.

Budak mati 'dikerjakan' Ayah Mi


MELAKA – Seorang buruh bergelar ‘Ayah Mi’ yang merupakan kekasih ibu angkat seorang kanak-kanak perempuan bertindak kejam mendera mangsa hingga mati hanya kerana mendakwa budak itu tidak mahu belajar dalam kejadian di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas di sini Ahad lalu.
Kejadian pukul 7.55 pagi itu mengakibatkan Noor Sofia Syaqira Abdullah, 6, meninggal dunia selepas beberapa organ dalaman seperti usus dan paru-parunya gagal berfungsi. Seluruh badannya juga dipenuhi kesan lebam.

PDRM perjelas dakwaan Perkasa


KUALA LUMPUR 7 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menahan serta-merta peserta Himpunan Janji Bersih yang menghina gambar pemimpin dan menukar Jalur Gemilang pada malam 30 Ogos lalu bagi mengelak berlaku kekecohan yang lebih serius.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis tidak bertindak agresif pada malam itu bagi membolehkan sambutan ambang kemerdekaan yang diraikan semua lapisan masyarakat berjalan dengan lancar.

Katanya, pihaknya mengenal pasti mereka bertanggungjawab melakukan kesalahan pada malam itu tetapi mempunyai sebab untuk tidak menahan mereka pada malam itu.

Jumaat, 7 September 2012

Penjawat Awam, Pemimpin Diminta Rajin Turun Padang Berkhidmat Kepada Masyarakat


TONGOD, 6 Sept (Bernama) -- Penjawat awam dan pemimpin akar umbi diminta lebih proaktif dalam melaksanakan tugas berkhidmat kepada rakyat, kata Ketua Biro Tatanegara Negeri Sabah, Datuk Ibrahim Saad.

Beliau berkata mereka perlu lebih aktif turun padang bertemu masyarakat membantu usaha kerajaan meneruskan kesinambungan pembangunan sedia ada.

Katanya, melalui pendekatan tersebut, masalah dihadapi rakyat mudah dapat dikenal pasti dan diselesaikan segera selari dengan Program Transformasi Kerajaan yang mahukan rakyat menikmati keselesaan hidup selepas mencapai kemerdekaan sejak 55 tahun lepas.

Hishamuddin perlu beri kekuatan kepada PDRM melaksanakan tugas


Pijak Gambar Pemimpin: Hishammuddin Mahu Tindakan Tegas
BATU PAHAT, 6 Sept (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam perbuatan memijak gambar pemimpin dan mengibar bendera baharu.

"Kes ini dianggap kes kepentingan awam dan polis menyiasat dan kalau tidak boleh didakwa kita nak tahu apa sebab," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Malaysia, di sini pada Khamis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...