KUALA LUMPUR - Enjin carian internet Google telah menyekat akses klip video filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam daripada ditonton oleh para pelayar laman YouTube di Malaysia sejak semalam.
Bagaimanapun, sekatan itu tidak menyeluruh kerana sehingga lewat pagi ini, pengguna pakej jalur lebar Maxis dan Celcom masih boleh mengakses klip video tersebut melalui telefon bimbit, termasuk di SINI