Isnin, 11 November 2013

ORANG DIKEHENDAKI KES PENIPUAN



ORANG DIKEHENDAKI: Pihak polis sedang mengesan individu ini bagi membantu dalam siasatan satu kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Nama: Mohd. Firdausi bin Mohd. Daud
No. K/P: 880125-09-0557
Alamat (1): 175 Belakang dewan orang ramai, Kg. Behor Lateh,01000 Kangar, Perlis
Alamat (2): Batu 3 ¾, Jalan Simpang Behor Lateh, 01000 Kangar, Perlis.
Alamat (3): 18, Lorong Merak 40, Taman Merak, 14100 Simpang 4, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi Insp. Abd Rahman bin Rashid, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, di talian 04-5762 222 atau 012-8391 198 atau mana-mana balai polis berhampiran.

UCAPAN TERIMA KASIH KPN KEPADA MASYARAKAT


Ketua Polis Negara melalui fb peribadinya menyampaikan ucapan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang membantu PDRM dalam usaha menjejaki penjenayah dikehendaki.

Ahad, 10 November 2013

CULIK KANAK-KANAK :POLIS TAHAN BEKAS PEMBANTU RUMAH DAN TEMAN LELAKI

Freddie Joseph is given some much-needed love and comfort by a member of the public after going through a harrowing experience for more than 18 hours, at Lake Titiwangsa today. - Bernama pic, November 9, 2013.
Kuala Lumpur, 10 Nov - Bekas pembantu rumah warga Filipina yang pernah berkhidmat dengan keluarga Freddie Joseph, kanak-kanak lelaki Britain yang dilarikan di Bangsar, Jumaat lepas, dan teman lelakinya ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini hari ini berhubung kes culik itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata wanita dan lelaki tempatan masing-masing berumur 39 dan 53 tahun itu ditahan pukul 11 pagi kerana polis percaya mereka "sama ada secara langsung atau tidak" dapat membantu siasatan kes culik itu.

Menurut Ku, wanita itu memasuki negara ini sejak 2004 dan pernah bekerja dengan keluarga mangsa selama setahun sebelum ditamatkan perkhidmatannya enam bulan lepas dan kini bekerja sebagai pembantu rumah di Damansara manakala lelaki itu pula bekerja sebagai juruteknik paip.

Polis wanita turun padang cegah jenayah

GEORGE TOWN - Sebanyak 50 peratus polis wanita kini diberi tanggungjawab menjaga keamanan negara termasuk mengekang jenayah melibatkan penderaan serta keganasan rumah tangga.
Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md. Ismail berkata, seramai 11,749 anggota wanita kini ditempatkan di balai serta kawasan perumahan seluruh negara bagi membantu mencegah jenayah membabitkan golongan berke naan.
Menurutnya, pasukan terdiri daripada pegawai dan konstabel itu akan mendekati golongan sasaran khususnya suri rumah termasuk guru serta pelajar-pelajar sekolah sebagai mata dan telinga di kawasan kejiranan.
"Golongan terbabit berasa lebih selesa sekiranya masalah yang dihadapi dapat dikongsi bersama polis wanita dan dapati banyak kejayaan telah diperoleh.
"Secara tidak langsung mereka juga dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis dalam menangani jenayah terutama yang berlaku di kawasan sekolah mahupun di tempat awam," katanya selepas melancarkan program Ke polisan Wanita Untuk Wanita 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St George di sini hari ini. - KOSMO!

Posmen putus tangan kanan, ditetak dua lelaki


KOTA BHARU 9 Nov. - Seorang posmen putus tangan kanan dan cedera parah selepas ditetak bertubi-tubi oleh dua lelaki bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Kubang Kerian dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.17 pagi itu, mangsa, Mohd. Al-Hafiz Mustapha, 29, ditetak di tangan, kaki dan muka sebelah kanan.

Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan bedah pada petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, siasatan awal mendapati, dua lelaki terbabit telah menyerang mangsa di hadapan rumahnya sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu oleh individu lain.

"Semasa kejadian, isteri mangsa telah mendengar jeritan suaminya yang kuat, dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati dua lelaki yang tidak dikenali melarikan diri selepas menyerang dan menetak mangsa.

"Kedua-dua lelaki itu memegang parang. Isteri mangsa terus menjerit meminta tolong dan kedua-dua suspek masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh orang lain yang sedia menunggu dan terus memecut," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...