Sabtu, 18 Ogos 2012

Gadis mati dikelar dalam rumah

Gambar hiasan

PETALING JAYA 17 Ogos - Kurang dua hari sahaja lagi menjelang Aidilfitri, kegembiraan sebuah keluarga berkecai apabila anak bongsu daripada lapan beradik mati dalam keadaan tragis apabila lehernya dikelar di pangsapuri Flora Damansara di sini awal pagi ini.

Gadis malang, Yasuhaidah Yeop, 22, kakitangan pusat perkembangan minda di sebuah pusat beli-belah terkenal di Damansara ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan 'nyawa-nyawa ikan' oleh jiran dalam rumah di hadapan pintu jeriji masih berkunci di tingkat enam pangsapuri berkenaan, pukul 3 pagi.

Dalam kejadian itu, pembunuh bertindak kejam apabila merentap rambut gadis itu melalui pintu jeriji besi dari luar sehingga terputus rambut sebelum mengelar lehernya.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa mangsa bersendirian di rumah kerana kakaknya, Yazniyana Yeop keluar membeli-belah untuk persiapan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman sejak pukul 11 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...