Ahad, 23 Disember 2012

Pembekal arak ditemui mati ditembak

Gambar hiasan

KLANG 22 Dis. -- Seorang pembekal arak berumur 34 tahun ditemui mati dalam keretanya dengan kesan tembakan di bahagian badan di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Desawan di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis menerima maklumat dari orang awam kira-kira pukul 7.40 pagi ini berhubung penemuan mayat di bahagian tempat duduk pemandu dalam kereta Toyota Camry itu.

Beliau berkata mangsa yang belum dikenal pasti namanya dipercayai keluar makan malam bersama sekumpulan rakannya di sebuah restoran di Taman Desawan sebelum ke pusat hiburan yang terletak bersebelahan restoran itu untuk sesi karaoke dengan kumpulan sama.

"Mangsa dipercayai ditembak ketika mahu pulang dari berhibur ke rumahnya yang terletak di Bayu Perdana di sini," katanya. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...