Memaparkan catatan dengan label Petaling Jaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petaling Jaya. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2011

Khidmat Anda Amat Di Hargai...


Petaling Jaya - 27 Mac 2011. "Tanggungjawab menjaga keselamatan tidak harus kita serahkan semuanya kepada pihak polis, ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk mengekang perlakuan jenayah dari berlaku dan terjadi di kawasan kita", ucap Encik Lfred Chauh, Pengerusi KRT Taman Gasing Indah, Petaling Jaya di Majlis Makan Malam Sempena Menyambut Hari Polis Ke-204 Tahun, malam ini di Restoran Yasin, Taman Gasing Indah, Petaling Jaya.

Jumaat, 25 Mac 2011

Penyiasat Trafik Cekap Perlu Mahir 'Terjemah' Kesan Kemalangan

PETALING JAYA, 24 Mac (Bernama) -- Kesan-kesan kemalangan seperti goresan, serpihan kaca cermin dan kesan-kesan tayar di atas jalan raya, merupakan bukti kukuh yang diperlukan dalam sebarang kes-kes pendakwaan terhadap seseorang pesalah jalan raya, kata seorang pegawai penyiasat trafik berpengalaman.

Pegawai Penyiasat Pasukan Trafik dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, Inspektor Lim Beng Thye berkata selain rakaman percakapan saksi serta mangsa, kesan-kesan di tempat kemalangan turut 'bercerita' kepada seseorang pegawai penyiasat (IO) mengenai kejadian.

Khamis, 24 Mac 2011

Geng samun pasar mini tumpas

PETALING JAYA – Enam individu termasuk seorang wanita berusia 31 yang terlibat dalam 29 kes samun pasar mini di sekitar Petaling Jaya berjaya diberkas polis. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek pertama berjaya diberkas orang ramai sejam selepas dia menyamun sebuah pasar raya di Bandar Baru Sungai Buloh pada 15 Mac lalu. 

Menurutnya, suspek pertama itu diberkas oleh saksi kejadian yang mengecam wajah suspek ketika sedang minum di sebuah restoran di kawasan sama. 

“Susulan daripada penangkapan itu polis melancarkan gerakan memburu ke semua suspek terlibat dan berjaya menangkap lima lagi suspek di sekitar Lembah Klang,” katanya kepada pemberita pada sidang media, semalam. 

Polis Berkas Empat Lelaki, Rampas Dadah RM34,600

PETALING JAYA, 23 Mac (Bernama) -- Polis memberkas empat lelaki termasuk dua beradik dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM34,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Ria dekat sini Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata keempat-empat lelaki berumur di antara 19 dan 33 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak 2008.

Kejayaan itu adalah hasil risikan polis hampir setahun sebelum polis menyerbu kediaman itu pada pukul 1 petang, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Sabtu, 19 Mac 2011

Pelakon parah dibelasah

PETALING JAYA – Seorang pelakon yang baru meningkat naik menjadi mangsa keadaan apabila dia dibelasah gara-hara dituduh melanggar sebuah kereta lain dalam kawasan perumahannya. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mangsa didatangi tiga lelaki yang tidak dikenalinya menuduhnya melanggar kereta milik seorang daripada suspek yang diletakkan di hadapan rumah. 

Mangsa, Mustam Mustapa, 29, berkata, ketika kejadian dia baru pulang ke rumah selepas keluar makan bersama isterinya. 

“Kereta terbabit berhenti di hadapan rumah dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40 dan 20 tahun datang mengertak dan menyuruh saya mengaku bahawa saya yang melanggar kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya. 

Isnin, 14 Mac 2011

Pondok polis jadi pelengkap

OLD TOWN PJ – Penduduk Seksyen 3 menyambut baik usaha Majlis Bandaraya Petaling (MBPJ) mengadakan pondok polis di Stesen Bas Jalan Othman. 

Mohd Yusof Mohd Arif 57, berkata kewujudan pondok polis di kawasan itu memang dinantikan penduduk sejak sekian lama. 

“Ini adalah antara usaha yang baik bagi merapatkan lagi hubungan polis dan masyarakat di kawasan itu,” katanya. 

Khamis, 10 Mac 2011

Pengarah rugi RM50,000

PETALING JAYA – Seorang pengarah syarikat kimia, Liau Cheng Kiat kerugian RM50,000 apabila bahan kimia dipesannya menerusi Internet hanya air semata-mata. 

Cheng Kiat berkata, perkara itu hanya disedari setelah pemeriksaan teliti dibuat menerusi ITS Testing Services (M) Sdn Bhd yang mendapati kandungan bahan diterimanya daripada syarikat pengedar bahan tersebut yang berpangkalan di China adalah 99.7% air. 

Menurutnya, hingga kini beliau masih tidak mendapat sebarang pembelaan meskipun aduan mengenainya sudah dibuat di Kedutaan Republik China di Kuala Lumpur. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...