IPOH: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan mengaku tidak
bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Yuslan
Md Yusof, 33, yang bertugas di Bahagian
Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Sungai Siput membuat pengakuan itu
di hadapan Hakim S Indra Nehru selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh
jurubahasa mahkamah.




