Jumaat, 23 November 2012

Mangsa tembak menghubungi polis


JOHOR BAHRU: Seorang mangsa tembakan sempat menghubungi polis meminta bantuan sebelum pasukan polis bersama ambulans menemuinya dalam keadaan kritikal manakala teman lelakinya maut dalam kejadian di Jalan Permas 11/15, Taman Permas Jaya, di sini, semalam.

Mangsa, Surene Toh, 30, ditemui parah di badan dan kepala di sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat manakala teman lelakinya, Ang Keng, 40, yang juga tukang patung Buddha serta pengamal Feng-Shui ditemui maut dengan beberapa kesan tembakan di badan.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang daripada mangsa wanita itu yang mengatakan dia ditembak sebelum sepasukan polis dikejarkan ke lokasi.



Khamis, 22 November 2012

Peniaga terkejut terima wang baru palsu


Peniaga terkejut terima wang baru palsu
BUKIT JALIL – Seorang peniaga warung terkejut menerima tiga keping wang kertas baru RM10 palsu dan mendakwa hanya menyedarinya apabila wang itu gagal didepositkan ke dalam sebuah mesin deposit bank, di sini, kelmarin.

Dia hairan bagaimana wang baru berkenaan boleh dipalsukan sehingga nampak seakan-akan wang tulen dikeluarkan Bank Negara.

Zuriah Yaacob, 43, berkata, tanpa menyedari bakal berdepan kerugian dia membawa wang hasil jualan perniagaan makanannya itu ke sebuah bank untuk dimasukkan ke dalam akaun, petang kelmarin.

Katanya, wang itu kemudian dimasukkan ke dalam mesin deposit namun dia pelik apabila tiga keping not RM10 dimasukkan bersama beberapa keping  wang kertas lain tidak diterima.

Rabu, 21 November 2012

Tikam lepas judi


LAHAD DATU: Berang dituduh menipu ketika bermain judi domino, seorang lelaki bagaikan dirasuk syaitan apabila menikam seorang lelaki hingga mati, manakala tiga lagi parah dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah rumah di Ladang Matamba, Jalan Silabukan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Amirudin Raside, 38, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam di pinggang. 


Manakala, tiga mangsa yang parah kini dirawat di Hospital Lahad Datu (HLD) dikenali sebagai Iwan Kadir, 29, Udin Hanung, 35, dan Saripudin Palkasih, 40, yang masing-masing cedera ditikam di dada, rusuk kanan dan perut. 

Difahamkan, sebelum kejadian, lima lelaki terbabit yang semuanya buruh ladang bermain judi domino bersama-sama.




Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, keempat-empat mangsa dikatakan menuduh suspek menipu ketika bermain judi sehingga menyebabkan pertengkaran.

Mayat dalam tong sampah

Gambar hiasan

SUNGAI BULOH: “Saya tahu bungkusan itu mengandungi mayat berdasarkan saiz dan bentuk tubuh walaupun ia berbalut rapi dan diikat dengan tali,” kata pekerja asing, Hasan, 22, yang menemui mayat seorang wanita mati dibunuh dalam tong sampah di Jalan 8/1A, Bukit Rahman Putra, semalam.

Menceritakan penemuan mayat itu, Hasan berkata, dia mahu membuang sampah bahan binaan restoran yang sedang diubah suai ke dalam tong sampah berkenaan apabila menemui bungkusan berbalut kain kanvas itu. 


“Bungkusan itu sama besar seperti manusia dan dalam keadaan duduk. Melihat bentuknya saya sudah tahu itu mayat, selain bau busuk. 

“Saya terus memaklumkan penemuan mayat itu kepada penyelia tempat kerja sebelum dia menghubungi polis,” katanya.




Menurutnya, dia mendapat tahu bungkusan itu disahkan mengandungi mayat selepas sepasukan polis yang tiba ke tempat kejadian membuat pemeriksaan.


Dua Anggota Polis Dihukum Penjara 5 Tahun, Didenda Kerana Rasuah


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dikenakan hukuman penjara lima tahun dan didenda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini apabila didapati bersalah atas tuduhan cuba memperoleh suapan RM15,000 daripada seorang lelaki, lima tahun lepas.
Rakannya, berpangkat Lans Koperal pula dijatuhi hukuman penjara lima tahundan didenda RM25,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan memperoleh suapansebanyak RM5,000 daripada seorang wanita, lima tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Cif Inspektor Khairol Azhar Mohamad Mostar, 34, dan Lans Koperal Mohd Khaidir Sairon, 37, yang bertugas di Unit Risikan, Operasi dan Tahanan (ROT), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...