Rabu, 30 Julai 2014

Parah disimbah asid


PASIR PUTEH - Perbalahan suami isteri warga Myanmar kerana sikap cemburu suami membawa kepada tragedi apabila isteri parah disimbah asid dalam kejadian di rumah sewa mereka, petang kelmarin.

Mangsa, Rashida Bibi Ali Hussein, 26, mengalami kecederaan pada bahagian muka termasuk kedua-dua belah mata selepas disimbah asid oleh suaminya sendiri.

Dalam kejadian jam 3.50 petang di rumah sewa di Jalan Pondok Lama di sini, suami mangsa turut ugut menikam mangsa dengan pisau sekiranya enggan minum asid.

Selasa, 29 Julai 2014

ROMPAK BANK MENGGUNAKAN BOM


Hulu Selangor: Sebuah bank musnah akibat dibom sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun bank terbabit di Bukit Beruntung, di sini, 5 pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Risikan dan operasi) Asisten Komisioner Roslan Radzi berkata, dalam kejadian itu bank terbabit dipercayai dibom menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

Raya Di Selatan Thai Dicemari Pelbagai Insiden Keganasan


NARATHIWAT, 28 Julai (Bernama) -- Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Isnin, 28 Julai 2014

Duda anak dua diberkas polis bersama syabu RM240,000


ALOR SETAR - Seorang duda anak dua diberkas polis selepas disyaki terlibat dalam pengedaran dadah jenis syabu seberat 2.1 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM240,000 dikawasan perumahan Taman Pekan Baru, Sungai Petani, dekat sini, Khamis lalu.

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.50 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Abd Razak Md. Zin memberitahu, lelaki itu ditahan ketika sedang berjalan kaki di kawasan perumahan tersebut dengan membawa sejumlah syabu di dalam beg plastik.

Lelaki mengaku pengawal peribadi 'Datuk' ditahan


MUAR 27 Julai - Cubaan tiga lelaki ingin melepaskan diri selepas ditahan kerana memiliki pistol dan positif dadah dengan menyatakan bekerja dengan seorang ‘Datuk’ tidak berhasil apabila mereka ditahan malam semalam.

Kejadian bermula apabila seorang daripadanya yang berusia 30-an ditahan pukul 10 malam di Jalan Ali di sini, kerana angkuh apabila disaman polis kerana meletak kereta di parkir golongan orang kurang upaya (OKU).

Lelaki terbabit dilihat mengambil surat saman tersebut sebelum mengoyak serta membuangnya dan perbuatan itu dilihat sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muar yang melakukan rondaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...