Rabu, 17 September 2014

Dua pekerja warga Myanmar dibunuh


BUKIT MERTAJAM 15 Sept. - Kebimbangan penduduk Kampung Manggis, Permatang Tinggi mengenai kemunculan warga asing yang digelar mereka 'tiga serangkai' di situ lebih setahun lalu berasas dengan penemuan dua mayat lelaki warga Myanmar yang dibunuh kejam dan dicampak ke kawasan ladang kelapa sawit di situ awal pagi ini.

Seorang penduduk, Subri Man, 54, berkata, tiga serangkai itu merujuk kepada tiga kumpulan warga asing dari Myanmar dan Vietnam yang menetap dan bekerja di tiga buah kilang di situ.

"Kumpulan pertama bekerja di sebuah kilang memproses cendawan, kumpulan kedua di kilang baja dan kumpulan satu lagi bekerja di sebuah ladang ayam.

Mekanik Tinggal di Kondominium Mewah Di Tahan


PULAU PINANG 15 Sept. - Biarpun hanya bekerja sebagai mekanik, seorang lelaki mampu tinggal di sebuah kondominium mewah di Jalan Chain Ferry, Butterworth di sini.

Malah dia juga sering kelihatan bertukar-tukar kereta mewah antaranya Porsche, BMW dan Mercedes-Benz selain sering berhibur di pusat hiburan terkemuka di negeri ini.

Polis yang memantau aktiviti lelaki berketurunan India berusia 36 tahun itu mendapati dia sebenarnya merupakan anggota sindiket curi kenderaan mewah yang pakar dalam melakukan kegiatan itu selain turut terlibat mencetak cukai jalan palsu.

Selasa, 16 September 2014

#PRK P/KUBOR: Polis perketat rondaan di sempadan Sungai Golok


TUMPAT: Polis memperketatkan kawalan di kawasan Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di daerah ini sepanjang musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor bagi mengawal kemasukan warga asing.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata pasukan Polis Marin dengan kekuatan seramai 78 anggota akan mengadakan rondaan selama 24 jam di sepanjang kawasan sungai itu.

"Sebanyak enam bot akan digunakan untuk kegiatan meronda di kawasan perairan khusus untuk mengawal kemasukan warga asing.

Polis Selangor tumpas sindiket syabu warga Iran


SHAH ALAM: Polis Selangor menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu di negeri ini dengan penangkapan tiga warga Iran dan penemuan tempat pembungkusan dadah semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata dadah disyaki syabu seberat 10.5 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM1 juta juga dirampas.

"Semua suspek yang berumur 24 hingga 38 tahun ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Cyberjaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

WANITA DIROMPAK 2 LELAKI BERSENJATAPI


Lokasi rompakan bersenjata api menggunakan pistol berlaku di Jalan Telupid, Beluran, Sabah pagi tadi 15hb September 2014 jam lebih kurang 11.30 pagi.

Mangsa seorang wanita umur lingkungan 30an telah menahan sebuah kereta Proton Persona warna kelabu yang disangkakannya sebuah teksi prebet sapu dan meminta pemandu kereta tersebut hantar beliau ke Batu 32 Sandakan.

Dalam kereta tersebut beliau dapati ada seorang lelaki duduk dibahagian belakang yang disangkakannya penumpang juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...